Cara menentukan arah Kiblat

| April 6, 2012 | 0 Comments More

Cara menentukan arah Kiblat. Tahukah Anda bagaimana Cara menentukan arah Kiblat? Sebenarnya ada banyak cara untuk mengetahui arah kiblat. Cara orang terdahulu mengetahui arah kiblat dengan menggunakan bayang kayu, matahari terbenam pada waktu siang, manakala menggunakan kedudukan bintang (buruj Orion) pada waktu malam.

Manakala pada masa sekarang lebih mudah hanya dengan menggunakan kompas. Bahkan turut direka sejadah berkompas lagi khas kepada ummat Islam yang bermusafir.

Cara menentukan arah kiblat dengan kompas.

Secara umumnya, arah kiblat bukan semata-mata melihat arah matahari terbenam sahaja. Ia hanya panduan dari arah Asia Tenggara. Saya pernah bertanya kepada seorang rakan, kalau kita di Somalia, Nigeria.. dimana arah kiblat kita. Arah kiblat kita bukan ke barat tetapi ke arah timur. Kita perlu tahu serba sedikit ilmu geography dlm menentukan arah kiblat.

cara menentukan arah kiblat dengan kompasJika menggukan kompas atau sejadah berkompas, ramai yang melakukan kesilapan mencari arah kiblat. Mereka memusingkan kompas sehingga jarum (merah) menunjukkan arah bertanda ka’abah. Sebenarnya arah itu adalah arah utara. Kalau kita berada di Yamen, maka arah kiblat kita betul. Tapi jika di Malaysia, kita berkiblatkan Thailand.

Kita perlu faham bahawa, jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara. Ka’abah tidak mengeluarkan medan magnet… maka tiada satu jarum dalam dunia dapat mencari ka’abah. Yang perlu kita lakukan iailah belajar, mencari dimana kedudukan ka’abah dari tempat kita berada.

Pada kompas islam atau sejadah berkompas, terdapat nombor-nombor sudut dari 0 hingga 360. Apakan makna disebalik nombor-nombor ini. Nombor bermaksud, bearing kedudukan antara lokasi kita dan juga lokasi ka’abah. Jika di malaysia… kita perlu memusingkan sejadah kita sehingga jarum kompas menunjukkan arah nombor 80. Ka’abah berada kira-kira 80 darjah barat dari Malaysia. Sesudah arah jarum utara berada pada kedudukan nombor 80, maka arah simbol ka’abah adalah arah kiblat yang betul.

Jika kita pergi ke hotel, Arah kiblat hotel tidak semestinya selalu betul. Jika mereka menyusun sejadah dengan arah jarum kompas mengadap simbol ka’abah… bermakna arah solat mereka adalah utara, bukannya arah Makkah. Maka perlulah kita belajarlah dari mereka yang arif dalam ilmu-ilmu falaq syarie dalam hal-hal berkaitan kiblat nie.

Bagaimana pula cara untuk mengetahui masuk waktu solat dan waktu sembahyang ketika di tempat yang kita susah untuk mencari arah kiblat contohnya di hutan belantara, atau di laut bagaimana perlaksanaanya boleh rujuk di video di bawah oleh Al-Fadhil Ustaz Hassan Din Al-Hafiz.

Mengetahui arah kiblat dengan Qibla Locator

Sila ke laman web http://www.qiblalocator.com/, melalui website itu ada ditunjukkan cara untuk kita mengetahui dimana arah kiblat dengan menaip kawasan rumah kita. Ia seperti google earth.

Qibla Locator atau penunjuk arah kiblat antara lain dibuat oleh Ibn Mas’ud dengan menggunakan peranti lunak aplikasi Google Maps API v2, sejak tahun 2006. Teknologi ini dikembangkan oleh Hamed Zarrabi Zadeh dari Universitas Waterloo di Ontario, Kanada.

Dengan Qibla Locator yang berbasis Google Earth ini dapat diketahui arah kiblat dari mana pun kita berada. Untuk mengetahuinya, kita cuma meletakkan lokasi tempat kita, , alamat atau nama jalan,pos code, dan negara atau garis lintang dan garis bujur di di kotak atas tuh.

Maka di sisi kanan gambar peta akan muncul besaran arah kiblat atau kabah dan jaraknya dari posisi lokasi yang kita masukkan.

Untuk tahu cara yang lain. boleh rujuk di video youtube di bawah ini. Ia ada menyatakan cara, kaedah yang lain selain menggunakan kompas, seperti arah matahari terbenam, kayu tegak, bintang orian (ketika malam).

Kaedah menggunakan kayu tegak untuk menentukan arah kiblat.

Pacakkan sebatang kayu yang tegak (objek yang lurus) di tempat tanah yang rata, ambil hujung bayang menghala ke arah matahari. Maka lurus bayang akan membetulkan arah kiblat.

INFO FALAK :

Matahari akan berada dalam keadaan tegak ke arah kaabah dalam dua kali setahun.Fenomena yang berlaku seperti ini, merupakan peluang untuk kita mengetahui arah kiblat, membetulkan arah kiblat sebelum ini.

28 mei , pukul 5:16 PM (petang)

16 Julai, pukul 5:28 PM (petang)

Tarikh ini sesuai untuk di malaysia sahaja.

Cuba semak kembali – Adakah arah kiblat tempat sembahyang kita tepat? Mungkin ini salah satu usaha yang boleh kita sebagai umat Islam mengetahui tentang ilmu falak walaupun sedikit sahaja sebenarnya dan ada pendapat mengatakan mengambil konsep matahari terbenam adalah tidak tepat. Banyak alternatif lain yang boleh kita pelajari.

Semoga artikel tentang Cara menentukan arah Kiblat kali ini dapat memberi manfaat kepada Anda. PS: Malam nanti bolehlah pandang ke langit melihat bintang dan buruj Orion. :)




Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

Category: tips dan kaedah

Facebook comments:

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.