DOA Apabila Menderita Sakit Gigi
Sakit datang dan pergi, sakit membuang dosa-dosa kecil dan menguji kesabaran seseorang. Selalu dan memang begitu tatkala manusia ditimpa musibah, termasuklah kesakitan, maka di saat itu mereka akan lebih mendekati yang Maha Pemberi Penyembuh. Sihat sebelum sakit adalah salah satu daripada 5 perkara yang perlu sering diingati. IslamicTazkirah kali ini ingin berkongsi bersama pembaca tentang: “DOA Apabila Menderita Sakit Gigi”. Semoga berguna buat anda.
Berikut adalah Doanya:
Rujuk: Surah al-Mulk ayat 23
Maksudnya : “ Katakanlah ( wahai Muhammad): Allah yang menciptakan kamu ( dari tiada kepada ada ), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur ) tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur :”
Keterangan ayat
Menurut al-Khatib dalam kitab al-Tarikh dan Ibn Munzir daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Sesiapa yang mengalami sakit gigi, maka hendaklah dia meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ini “ ( Al-Durrul Manthur; tafsir ayat 23, surah al-Mulk )
Al-Daruqutni pulq meriwayatkan dalam al-Afrad daripada Ibn Abbas berkata, Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya: “ Sesiapa meletakkan jarinya atas gigi tersebut lalu dibacakan ayat ke-98 surah al-An’am dan ayat ini, maka dia akan sembuh dengan izin Allahs.w.t.”
(Al-Durrul Manthur, tafsir ayat 23, surah al-Mulk
Manusia kurang mensyukuri nikmat kurniaan Allah. Menghabiskan usia pada perkara yang tidak memberi faedah seperti kebanyakkanorang awam merupakan tanda tidak mensyukuri nikmat Allah. Sasterawan yang lalai menyebabkan fakta-fakta sejarah tentang lembah yang sudah luput dalam lipatan sejarah juga merupakan tanda membahagi masa pada perkara yang tidak bermanfaat. (Hada’iq zatu bahjt, Dr Aid al-Qarni )
Khasiat dan Kaifiat beramal
Ayat ini boleh digunakan sebagai ikhtiar mengurangkan sakit gigi. Walau bagaimanapun bergantung semata-mata kepada ayat sahaja tidak mendatangkan apa-apa kesan kecuali dengan izin Allah s.w.t.
Category: tazkirah
Facebook comments:















info yg berguna..
sal saari recently posted..Wordless Wednesday1
minta copy ye…