Peperiksaan memasuki skim perkhidmatan Penguasa Kastam gred wk 1-1
Peperiksaan memasuki skim perkhidmatan Penguasa Kastam gred wk 1-1 ~ Assalamu’alaikum dan salam sejahtera. Artikel kali ini hanya sebagai pengumuman kepada mereka yang berkaitan iaitu tentang peperiksaan penguasa kastam yang bakal diadakan kepada 4 Februari 2012 nanti.
Daripada statistik yang saya perolehi, calon-calon yang dapat dan layak untuk memasuki peperiksaan ini ramai dari kalangan orang Melayu dan India. Statistik ini berdasarkan jumlah jualan terhasil melalui Pakej Panduan dan Nota Lengkap Peperiksaan Penguasa Kastam w1-1. Buat pengetahuan Anda, sudah ramai calon-calon sebelum ini yang berjaya dalam peperiksaan melalui panduan tersebut. Anda boleh melihatnya sendiri di pautan ini ~ KLIK SINI.
Di bawah ini adalah info yang berkaitan dengan peperiksaan tersebut:
- Jawatan pertama yang menggunakan skim SSBPA dengan gred WK1-1, bukan lagi gred 41 seperti dulu.
- Semakan Peperiksaan Pegawai Kastam melalui link ini ~ http://semakpe.spa.gov.my/go-home.php?ob=TAY&ac=01000
- JADUAL GAJI Penguasa Kastam Gred WK1-1 : T1:RM1930.00 – T20:RM6225.00
- Panduan dan Nota Lengkap Peperiksaan Pegawai Kastam anda boleh dapatkan di sini ~ KLIK SINI Sebenarnya halaman utama produk baru saja ditutup, tapi jangan risau, Anda masih boleh memilikinya, Wajib ikuti 2 langkah di bawah:
Langkah 1: Klik –> Link A
Langkah 2: Klik –> Link B (Cepat dapatkan sekarang sebelum link ini juga ditutup!)
Dalam peperiksaan bertulis penguasa kastam gred wk1-1 ini, soalan-soalan terdiri dari 4 seksyen sahaja iaitu:
Seksyen A – Pengetahuan Am mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling.
Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah.
Seksyen D – Esei Bahasa Melayu.
Seksyen E – Esei Bahasa Inggeris.
Seksyen F – Sahsiah Diri
Untuk kali ini tiada ambilan terus melalui temuduga. Harus melalui semua peringkat penilaian. Mengenai tugas penguasa Kastam pula ianya termasuk dalam cluster ‘Perkhidmatan Kewangan’ dan tugasannya antaranya (daripada edaran rasmi SPA);
- Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.
- Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.
- Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.
- Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.
Bagaimana pula dengan persediaan untuk peperiksaan Penguasa Kastam ini? Persediaan yang sama seperti peperiksaan bertulis yang lain dengan format yang tidak jauh bezanya. Ianya merangkumi;
- Pengetahuan Am
- Daya menyelesaikan masalah
- Esei Bahasa Melayu
- Esei Bahasa Inggeris
Cumanya pada seksyen pengetahuan Am akan ada tambahan sedikit isu berkaitan seperti peperiksaan Pengawai Anti Dadah yang lepas. Jadi untuk persediaan kali ini, ambil tahu isu berkaitan kastam.
Sekiranya Anda merupakan calon yang dipanggil untuk menduduki peperiksaan Penguasa Kastam WK1-1 pada 4 Februari ini, Admin sarankan supaya Anda mendapatkan Rujukan ini ~ Panduan Lengkap peperiksaan bertulis Penguasa Kastam Gred WK1-1
Semoga Maklumat ini berguna buat rujukan Anda. Wassalam.
Category: announcement
Facebook comments:








