Panduan Temuduga KPLI-SR j-QAF Ambilan 2012

| December 5, 2011 | 0 Comments More

Panduan Temuduga KPLI SR j-QAF Ambilan 2012. Assalamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog www.IslamicTazkirah.com. Kepada pembaca yang bakal menghadiri Temuduga KPLI SR j-QAF Ambilan 2012 pada 12.12.2011 hingga 16.12.2011, saya ada sesuatu untuk dikongsikan khas untuk anda. Sebelum itu mari kita tengok dahulu maklumat serta tarikh-tarikh penting yang berkaitan dengan Temuduga KPLI SR j-Qaf Ambilan 2012 yang perlu anda ambil perhatian.

Tarikh Semakan calon berjaya : 04.12.2011 (Cara membuat semakan online sila rujuk SINI)
Tarikh temuduga : 12.12.2011 hingga 16.12.2011
Tarikh Semakan calon berjaya temuduga : 17.01.2012
Tarikh Lapor diri : 30.01.2012

Dapatkan Panduan Temuduga KPLI-SR j-QAF Ambilan 2012 di ~ http://kpli-jqaf.com/

Seperti mana yang telah dimaklumkan sebelum ini, pihak kerajaan Malaysia memerlukan lebih 13,000 tenaga pengajar yakni guru KPLI J-qaf untuk sekolah rendah. Ini bermakna terdapat banyak kekosongan jawatan guru KPLI J-qaf yang perlu diisikan. Memang tidak dinafikan terdapat ramai yang berpotensi untuk berjaya mendapatkan jawatan ini…

Buat yang telah berjaya dalam ujian MTEST dan dipanggil menghadiri temuduga nanti, saya ucapkan tahniah dan selamat berjaya. Buatlah persiapan sebaiknya…

Punca Kegagalan Calon Temuduga KPLI-SR j-QAF

Punca utama kegagalan calon temuduga KPLI-SR j-QAF adalah kerana calon gagal meyakinkan panel penemuduga mengenai kelebihan yang ada pada diri masing-masing. Walaupun memiliki kelulusan yang cemerlang tetapi calon tidak mampu berhujah mahupun mengeluarkan pemikiran yang bernas mengenai pelbagai isu semasa.

Aspek komunikasi calon temuduga menjadi kelemahan utama. Sebagai seorang yang bakal bergelar guru j-QAF, calon semestinya menunjukkan bakat dan kemampuan untuk mendidik anak bangsa sekiranya terpilih mengikuti program KPLI-SR j-QAF.

Seisi temuduga KPLI-SR j-QAF merupakan saringan terakhir untuk pemilihan calon bagi ambilan Jan 2012. Calon temuduga yang dipanggil ibarat telah pun ‘sebelah kaki’ untuk bergelar pelatih guru j-QAF. Dengan persediaan yang cukup, calon berupaya meningkatkan keyakinan untuk menghadiri seisi temuduga tersebut dengan jayanya.

Persediaan Temuduga KPLI-SR j-QAF

Sebagai calon temuduga KPLI-SR j-QAF, anda seharusnya membuat persediaan yang secukupnya sekiranya anda betul-betul ingin bergelar guru j-QAF. Berikut adalah beberapa tips ringkas untuk persediaan anda menghadiri seisi temuduga KPLI-SR j-QAF :

1-Persediaan awal
2-Buat latihan / simulasi temuduga KPLI-SR j-QAF
3-Meningkatkan aspek kemahiran komunikasi
4-Penyediaan sijil / dokumen berkaitan yang disusun mengikut turutan.
5-Amalkan doa penerang hati dan buat solat hajat.

Pelbagai lagi tips persediaan temuduga KPLI-SR j-QAF untuk calon temuduga ambilan Jan 2012. Layari http://kpli-jqaf.com/ atau klik pada banner di bawah:

Saya berharap anda berjaya di dalam temuduga itu nanti. Saya amat syorkan agar anda mendapatkan Panduan Temuduga KPLI-SR j-QAF Ambilan 2012 segera sebelum ianya ditutup. Sekian.




Koleksi Biasiswa Malaysia 2010

Tags: , ,

Category: announcement

Facebook comments:

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.